Sunday, August 31, 2014

Typography : Berasap Kepala Hotak.

Assalam Semua.


Sedang membuat assignment berkaitan ini.

Awak semua, saya stress!!

Jom keluar nak?


Eh?

Pss : Macam nak hempuk kepala je T.T

Saturday, August 30, 2014

Nuffnang Churp Churp Eh?

As Salam,

Dulu - dulu.. selalu tengok menatang apelah nuffnang nih. Churp - churp la. Aku memang tak tahu menatang ape. Orang letak dekat blog, haku pon nak letak jugak. Ok mai nak cerita kat korang dan korang apa itu Nuffnang dan apa itu Churp Churp.


Nuffnang.

Nuffnang is the world's leading blog advertising community, for people who share the passion for blogging like we do! Our community currently reaches out to more than 300,000 bloggers in 8 countries and regions - Malaysia, Singapore, Philippines, Australia, China, Hong Kong, Thailand, and United Kingdom.
At Nuffnang, bloggers generate income through blog ads placed by various brands, and become part of a close-knit community through a vast range of exclusive events and contests we organize and support, especially for you. A community for bloggers by bloggers, Nuffnang strives to keep the local blogosphere growing. "

Churp Churp

"ChurpChurp is a community for people who live and breathe social media, just like you! Our community currently reaches out to social media users in 6 countries - Malaysia, Singapore, Philippines, Australia, China, and Thailand."


Kopi pasta je nih...

Aku rasa, aku kena buat satu account churp churp  nih. Buat sape - sape yang nakkkk buatttt churp churp churp slrrupp slrruppp, ok mengada. Moh pi tekan kat atas tuh na atau pun,

Churp Churp  ---->  Churp Churp

Kbye nak buat account baru.

Segmen Mrs. Mustache Bloglist.

As Salam,

Pagi yang tenang, Ya! Pagi yang sungguh tenang. Aku ingat malam nih la malam ambang merdeka dan esoknya ada perarakan. Rupa - rupanya malam semalam dan harinih ada perarakan. Nampak tak betapa aku tak update langsung dengan berita terbaru or alert dengan environment.

Aku  alert dengan perkataan sale  je.

Muhahhahahhaha.

So, pepagi nih terasa bosan sikit.

ok, aku scroll cbox aku.

Ada beberapa yang ngajak masuk segmen bloglist, GA, and bla bla bla..

tumpang aku tengah rajin. Aku join :D

_________________________________________________________________________________






Cik Nona buat segmen bloglist dekat belog dia ok! So aku tulis je la apa dia nak. Senang korang nak tahu.

Syarat Penyertaan :

- Wajib FOLLOW blog Cik Nona ok!

- Buat satu entry pasal segmen ini dan tempekkan banner tu. (linkkan ke blog ini)


- Tagkan dekat blogger lain at least 3 orang dan PASTIKAN mereka tahu.

- Tarikh tutup 1 September 2014




Ha tuh je la. Yang number 2 aku dah awal - awal fail. Kes aku tak tahu cemana nak linkkan banner tuh Ahakss...

So, semua pakat la ke  belog Cik Nona ok! Pi join nuh!!


Saya tag orang random random ja naa :




ok sekian terima kasih.

Lapar.

As Salam,

Ya, waktu malam - malam begini memang tak elok untuk makan. Apatah lagi makan makanan yang berat. Aku lapar.

Sumpah.

Sekarang aku lapar.

Azam diet dah kemana. Boyfriend dah warning berapa kali tolong turunkan berat yang ada. Kalau tak..




Girlfriend :

" Awak, saya.. berat saya bulan nih .. naik 10 kg la awak >.<.. maafkan saya. Saya tak tahu kenapa bulan nih saya.. saya makan banyak. Saya rasa.. saya stresss..saya stress >.<"

Boyfriend :

" Awak, tak apa awak. Saya tak kata apa - apa kan? hikhikhik depan mata saya.. awak tetap yang PALING COMEL!!! >.< sekarang pon, BERTAMBAH COMELLLLL >.<!! saya suka sangat bila tengok awak makin SENDAT, Seksisss!!"

Girlfriend :

" Awak nih ==").... dah kenapa? tak suka saya ke?"

 Boyfriend :

" Tak de la baby, awak tetap permata hati saya!! >.<"

Girlfriend :

" Awakkkk.."

 Boyfriend :

" Sayang..."




Cadbury betul. Memang vavi rasanya.. Vavi tahu tak? VAVI.


Tapi tak pe, lu tak nak wa, wa de spare.. wa takut ape? spare wa terima taw wa begini. Tambah lagi  fetish dia suka chubby chubby nomey nomey cam wa nih.. HAHAHAHAHA

Nasi dah masak.

Aku lapar.

Dia tak bagi aku makan meggi. Kebetulan pagi tadi aku mimpi kepala aku botak. Dia dah marah - marah. Paling shaiyang lagi, dia siap bagi tahu mak dia kata aku hari - hari makan meggi. Wtfishhhhh...


Punca aku selalu makan meggi sebab :

1. Aku student.
2. Aku jenis demand person.
3. Aku nak makan hebat - hebat.
4. Bila aku bukan kat rumah, makanya aku takut duit aku habis kes makan benda sedap - sedap.
5. Jadi, solution  untuk masalah aku adalah, makan meggi .
6. Boyfriend marah.

So, aku rasa ada lagi 2 3 peket je meggi tinggal. Lepas nih aku try tak makan meggi aka boikot meggi macam kita boikot MacD. Lepas tuh aku tak tahu nak makan apa.

Dia kata, awak..diet la sikit. Masa nih la awak boleh diet.

Aku melayu.

Kompem la aku cari nasi, sambal belacan.. paling koman pon gulai ikan ke..

Aku tak tahu macam mana nak diet lagi.

Tapi aku boleh cakap,

Cinta i dekat you still sama ye.. Cuma,

bila i lapar,

i tinggal you kejap bila i nampak nasi dengan sambal belacan.

Mmuah!




KAHKAHKAHKAHAKAKA


Pss fakta sebenar : Boyfriend, itu ayat celaka je. Tak bermaksud itu fakta sebenar. tapi you cuba la kalau buat masalah kan. Ada yang tunggu... jeng jeng jeng

Shaiyang : siot

Tuesday, August 26, 2014

Siap.

Assalam semua penduduk malaysia,

Eceh.


Beta nak bagi tahu. Satu kerja  beta dah siap. Maka, beta pon bagitahu lah.

Poyo jeh.


Tapi bangga aku, aku paling serabut kalau kerja aku tak siap. Mana tak serabut. Aku dah la super pemalas. Kau tahu tak feel siapkan assignment atau kerja tuh tak sama dengan feel  siapkan kerja sekolah. TOTALLY  berbeza weyhhhh. Zaman sekolah. Zaman dimana aku amat rajin.

dari tadika sampai form 4.

Pfft.

Serious rajin!


Kenapa aku angkat bakul sendiri? Sebab aku tak pernah ada masalah kerja tak siap. *bangga, Eherm*. Sampai masa aku form 4, zaman mana aku start pindah.. Kenal dunia. Pergh. Jangan cakap tak buat kerja, tuang pon pernah.


Pfft.

Dont try this hokay..


Zaman jahil bagi aku.


Tapi itulah zaman bagi aku, zaman aku kenal dunia.

Zaman dimana aku berani buat ape aku tak berani dulu. Bukan sebab aku kena kongkong dengan family *tapi memang kena pon*, Zaman nih la budak - budak hebat buat, aku pon buat. Tapi bukan semua aku buat la. Takat tuang dengan tak buat kerja je la. Paling tak power pon tidur dalam kelas je. Paling tak best duduk depan. Tapi apekan daya, kerana karakter game MMROPG crystal saga yang comel dan background sound yang best bagi aku masa tuh, sanggup aku bersengkang mata tidur pukul 5 bangun pukul 6.30 dan tepat 7.15 merempit la aku ke sekolah HAHAHA

Dulu, aku sedih pedih bila aku pindah. Benci bernanah hati masuk sekolah baru. Banyak pengalaman perit yang mengajar aku. Dan, sekarang benda perit sakit tuh la yang ajar aku dan bentuk aku siapa sekarang.

Walaupun aku pemalas dan mungkin akan kekal malas, aku tetap cuba atur jalan hidup aku. Sebab, apa yang terjadi dalam hidup kita, walaupun ada kala ia terjadi disebabkan salah langkah dari kita, jangan kita tangisi. Ada hikmah.

Contoh:

a) Kalau aku tak pindah dulu, mungkin aku down lagi teruk. Mungkin aku tak macam sekarang. Noway la bapak aku nak bagi aku masuk benda multimedia  nih. Pakkkk, ceq suka anime. Tolongla terima.. Susah aku nak andai macam mana kehidupan aku. Apa yang aku boleh agak, aku mungkin kos sains tapi mungkin still tersasar dari apa aku nak.

b) Bersyukur ke hadrat ilahi, kau jatuhkan aku dan kau beri aku pengalaman untuk bangun kembali. Terlampau banyak dugaan dan cabaran serta masalah yang kau beri. Namun, semuanya adalah hikmah! Ye, sekarang aku tak hipokrit lagi. Tak menganggap benda yang aku suka nih boleh dibuat as hobi sahaja. Banyak yang kau beri dan tak mampu aku menulis segalanya. Sedihnya, aku rasa lebih bahagia dari bahagia dan seronok masa dapat kelas sains masa form4  HAHAHA

So, apa yang aku boleh kata.. Kau kena persiapkan mental dan fizikal. Beware babeyhh. Kenapa? sebab kita tak tahu masa depan kita macam mana.

Macam aku,


Aku tak jangka harinih dah kena hantar borang usrah. Aku set mental awal - awal kata benda tuh senang.



Dah settle.

Lega.


Stress.

Salam,


Aku dah sampai tahap super kronik sampai aku tak tahu rupanya lagi beberapa minggu je dah nak final exam. Aku  tak tahu la kenapa semester nih lengai aku semacam. Dah nak final pon lengai tak habis lagi. Ada 2 subjek, 1 + 3 = 4 projek, aku rasa 5 projek kena settle. 

Terasa kecelakaan disitu.

Aku salahkan diri sendiri.

Serius,



mood  lengai tak habis - habis lagi.


Stress.

Benda aku paling benci.





TERAMATLAH BENCI.



Aku benci stress.


Aku bukan jenis stress tak tahu punca. Aku jenis stress bila kerja aku tak jalan. Contohnya salah satu projek aku. Idea tersangkut. Otak jammed. Maka, aku beli makanan banyak.


Boyfriend,


Kekasih,


Buah hati,


   " I minta maaf. I stress sangat - sangat. I minta maaf kalau i dah berubah... i janji. i cuba untuk diet semula...Ahakkss"



Kbye.

Monday, August 25, 2014

Mengantuk.

Assalam,

Aku nak tanya.


Ubat ape yg paling mujarab untuk tidak tidur?









Jawapannya :








































Tepat pukul 10 - 11 malam, berjemaah lah tidur. Jangan dok running man lagi kbye.



Ps: sumpah aku tengah ngantuk tahap dewa. Saja warmup kejap.

Thursday, August 21, 2014

Follow

Assalam.

Post Pendek.

Tengah beta dok mengedit  blog  nih. Beta perasan, sekarang nih memang tak ada gadget "follow"  dah ke? semua guna google+  eh?  Aku dah petak. Dulu zaman dulu kala, guna gadget "follow" . Dah bertahun tak aktif, sekarang cuba bergiat balik.. Terkontang kanting nih haaa. Nak mengedit  dekat html pon dah tak reti sebab function  dia dah pelik. Customising  je aku reti. Maka, kalau aku nak coding  itu ini itu ini memang aku  surrender  awal - awal la kes budak lama dah tinggal benda alah nih, pergh benda alah! Pastu terhegeh - hegeh nak buat balik, ha amik kaw! Buta balik. Keno blajo balik la gini nampaknye..

Malas.

Assalam,

Perkataan malas tuh, seriously aku tak tahu dari mana wujudnya perkataan tuh.

* masih dalam keadaan malas nak mampus, mood tengah  sway  nih haa *


          Malas, satu perkataan yang bagi aku secara azali memang lekat atau common  dengan aku. Aku memang pemalas. Buat kerja, malas. Buat  assignment, pon malas. Mak ngajak ke pasar, pon malas. Tapi kalau mak kata nak masak sambal petai + udang ke, ketam masak lemak ke, paling ceroi pon, daging masak kicap/hitam, dengan gagahnya.. "Demi ibu, sanggup ku ikutmu kemana jua!" , HAHAHA

Dulu, aku ada blog. Nih bukan kali pertama aku ada blog. Kalau kira dengan blog ini, ermm.. ini blog yang kedua. Blog yang lama mana?

Aku DELETE.


Apa itu  DELETE?

jap aku google untuk korang.



Blog dulu banyak followers. Eceeee.. kome caye ke? Boleh la untuk orang yang biasa biasa macam aku nih haa. Boleh tahan la jugak blog lama den nih haa. Tapi, sebab banyak story mory, peristiwa kejadian fenomena, kenangan ape semua, maka aku ambil keputusan aku nak  delete supaya aku tak ingat dah benda benda lama yang jadi kat aku.

Ye, aku malas nak ingat benda lama. Sakit, sedih, perit, menyampah, meluat, ah! Semua perasaan ada. Dekat blog tuh jugak aku menulis kisah kisah hidup aku yang super annoying KAHKAHKAH. Tapi paling annoying ada hamba hamba Allah pon baca dok buat cerita. Tidak mengapa, guwe pasrah. Dulu guwe kecilan lagi. Masih berjinak dalam arena ini. Sekarang, guwe sudah matang. Puihh, tulis endon. Cakap endon pon haku tak reti.

Sumpah, sakit hati bila teringat ape yang jadi masa dulu. Masing - maisng ada kisah silam ye tak? Aku pon ada. Maka, aku malas nak ingat. Dengan satu cawan instant tea boh dan satu tupperware besar yang penuh dengan rempeyek, akan aku ceritakan, apa yang dikatakan dengan malas kalau dari segi mata kasar dan halus mulus aku nih. Cuma aku tak pakai la eyelash harinih, kalau tak macam Che Ta hah.

MALAS.

Malas nih macam penyakit. Once ko dah malas, susah ko nak move or keluar dari aura malas nih. Ubatnya ialah, kau tengok benda apa yang bagi mata kau segar bugar, minda kau terasa seperti orang baru buka suis dan fikiran kau seperti mendapat hidayah atau ilham baru. Contohnya :

Aku : *tengah mood malas sway nak mampus*

" Malas gilaaaaa nak pergi kelas. Malas nak iron baju. Malas nak balik rumah. Malas nak dating. *Ehermm*, Malasnye nak teman kawan beli makanan dekat cafe, Malas nak teman kawan pergi berak dekat mahallah lain.. Eh Malasnyeeeeeee..."

Ubatnya : Aku kena keluar dari sarang kegelapan nih. Aku kena tengok dunia *padahal dah keluar dari negeri kau sendiri tak tengok dunia lagi ke*. Aku kena pergi ke KTM terdekat. Beli tiket ke Midvalley *Ehermm* dan  melihat lagak orang di sana. Dan ketika itu, baru aku teringat, ape tujuan aku berana di tempat orang, kenapa aku berada di sarang kegelapan, kenapa aku kena kejar impian, kenapa aku perlu usaha dengan gigih walaupun sebenarnya MALAS tuh still ada. Nakharom betul.


Setiap orang ada cara dia yang tersendiri. Ada yang kena jumpa pakar motivasi. Ada yang kena jumpa pakar kaunseling, abang kaunseling hensem hensem, aku pon nak kalau macam tu.. *Ehermm*.

Ada yang kena pergi program program yang dapat buatkan dia busy 24 jam sampai assignment tertunggak tak buat pastu kacau orang tanya kau dah siap assignment.. Eh?.

Ada yang kena jumpa boypreng gurlpreng dating - dating sana sini, awak saya, awak bila kita nak kawen? Tunggu saya habis study, saya kerja engineer terus kita nikah! Xpayah tunang!.. Woi senang ke hidup nih bang?

Ada yang buat solat - solat sunat. Minta petunjuk, minta dimurahkan rezeki, minta masalah,segala cabaran dan dugaan dijauhi.. Ehermm ada ke bakal imam buat macam nih? Saya nak jadi makmum awak boleh..Eh?

Banyak je caranya.. Kalau kau sendiri tak tahu macam mana nak hilangkan sifat malas kau tuh, *mustahil la la boleh buang sebab MALAS nih PERMANENT la beb!* kau boleh pergi MPH ke..Popular ke, kau pergi dekat bahagian Self-... ape entah. Aku pon dah lupa. Kau cari la buku yang boleh meningkatkan kau punya self - confident ke... Apa - apa la. Kalau beli komik pon xpe. Kalau kau beli, boleh la tukar tukar dengan aku. eh?

Kalau aku, tak de maknanya aku nak beli. Buat habiskan duit PT aku je, buat habis duit mak bapak aku je. Benda tuh sebenarnya dari hati kita, minda kita, fikiran kita, DIRI KITA SENDIRI. Kenapa aku cakap macam nih, aku sendiri malas. Aku malas nak membeli buku - buku self - improvement nih. MEMBAZIR. Bagi aku, malas nih macam emosi juga. Dia akan datang dan hilang dan datang. Kita kena control dia. Dia control kita, forever pemalas la. Dan once kau terjaga dari mood malas nih, baru kau tahu berapa banyak masa kau dah habiskan dengan sifat pemalas nih. Kesimpulannya, kerja kau bertimbun-timbun, pastu kau tak tahu mana kau nak mula. Pastu mula la emosi. DAMN.

Jadi, segalanya bermula dengan kita. ONE MORE, Jangan salahkan orang lain sebab kau malas. Dah kau malas, tak payah nak bajet rajin sangat.

P/s : Dari aku beli buku -  buku yang tak penting tuh.. baik aku beli buku - buku cerita, komik, dvd Anime, makan, dating.. bermanfaat ok. Eh?