Thursday, August 21, 2014

Malas.

Assalam,

Perkataan malas tuh, seriously aku tak tahu dari mana wujudnya perkataan tuh.

* masih dalam keadaan malas nak mampus, mood tengah  sway  nih haa *


          Malas, satu perkataan yang bagi aku secara azali memang lekat atau common  dengan aku. Aku memang pemalas. Buat kerja, malas. Buat  assignment, pon malas. Mak ngajak ke pasar, pon malas. Tapi kalau mak kata nak masak sambal petai + udang ke, ketam masak lemak ke, paling ceroi pon, daging masak kicap/hitam, dengan gagahnya.. "Demi ibu, sanggup ku ikutmu kemana jua!" , HAHAHA

Dulu, aku ada blog. Nih bukan kali pertama aku ada blog. Kalau kira dengan blog ini, ermm.. ini blog yang kedua. Blog yang lama mana?

Aku DELETE.


Apa itu  DELETE?

jap aku google untuk korang.



Blog dulu banyak followers. Eceeee.. kome caye ke? Boleh la untuk orang yang biasa biasa macam aku nih haa. Boleh tahan la jugak blog lama den nih haa. Tapi, sebab banyak story mory, peristiwa kejadian fenomena, kenangan ape semua, maka aku ambil keputusan aku nak  delete supaya aku tak ingat dah benda benda lama yang jadi kat aku.

Ye, aku malas nak ingat benda lama. Sakit, sedih, perit, menyampah, meluat, ah! Semua perasaan ada. Dekat blog tuh jugak aku menulis kisah kisah hidup aku yang super annoying KAHKAHKAH. Tapi paling annoying ada hamba hamba Allah pon baca dok buat cerita. Tidak mengapa, guwe pasrah. Dulu guwe kecilan lagi. Masih berjinak dalam arena ini. Sekarang, guwe sudah matang. Puihh, tulis endon. Cakap endon pon haku tak reti.

Sumpah, sakit hati bila teringat ape yang jadi masa dulu. Masing - maisng ada kisah silam ye tak? Aku pon ada. Maka, aku malas nak ingat. Dengan satu cawan instant tea boh dan satu tupperware besar yang penuh dengan rempeyek, akan aku ceritakan, apa yang dikatakan dengan malas kalau dari segi mata kasar dan halus mulus aku nih. Cuma aku tak pakai la eyelash harinih, kalau tak macam Che Ta hah.

MALAS.

Malas nih macam penyakit. Once ko dah malas, susah ko nak move or keluar dari aura malas nih. Ubatnya ialah, kau tengok benda apa yang bagi mata kau segar bugar, minda kau terasa seperti orang baru buka suis dan fikiran kau seperti mendapat hidayah atau ilham baru. Contohnya :

Aku : *tengah mood malas sway nak mampus*

" Malas gilaaaaa nak pergi kelas. Malas nak iron baju. Malas nak balik rumah. Malas nak dating. *Ehermm*, Malasnye nak teman kawan beli makanan dekat cafe, Malas nak teman kawan pergi berak dekat mahallah lain.. Eh Malasnyeeeeeee..."

Ubatnya : Aku kena keluar dari sarang kegelapan nih. Aku kena tengok dunia *padahal dah keluar dari negeri kau sendiri tak tengok dunia lagi ke*. Aku kena pergi ke KTM terdekat. Beli tiket ke Midvalley *Ehermm* dan  melihat lagak orang di sana. Dan ketika itu, baru aku teringat, ape tujuan aku berana di tempat orang, kenapa aku berada di sarang kegelapan, kenapa aku kena kejar impian, kenapa aku perlu usaha dengan gigih walaupun sebenarnya MALAS tuh still ada. Nakharom betul.


Setiap orang ada cara dia yang tersendiri. Ada yang kena jumpa pakar motivasi. Ada yang kena jumpa pakar kaunseling, abang kaunseling hensem hensem, aku pon nak kalau macam tu.. *Ehermm*.

Ada yang kena pergi program program yang dapat buatkan dia busy 24 jam sampai assignment tertunggak tak buat pastu kacau orang tanya kau dah siap assignment.. Eh?.

Ada yang kena jumpa boypreng gurlpreng dating - dating sana sini, awak saya, awak bila kita nak kawen? Tunggu saya habis study, saya kerja engineer terus kita nikah! Xpayah tunang!.. Woi senang ke hidup nih bang?

Ada yang buat solat - solat sunat. Minta petunjuk, minta dimurahkan rezeki, minta masalah,segala cabaran dan dugaan dijauhi.. Ehermm ada ke bakal imam buat macam nih? Saya nak jadi makmum awak boleh..Eh?

Banyak je caranya.. Kalau kau sendiri tak tahu macam mana nak hilangkan sifat malas kau tuh, *mustahil la la boleh buang sebab MALAS nih PERMANENT la beb!* kau boleh pergi MPH ke..Popular ke, kau pergi dekat bahagian Self-... ape entah. Aku pon dah lupa. Kau cari la buku yang boleh meningkatkan kau punya self - confident ke... Apa - apa la. Kalau beli komik pon xpe. Kalau kau beli, boleh la tukar tukar dengan aku. eh?

Kalau aku, tak de maknanya aku nak beli. Buat habiskan duit PT aku je, buat habis duit mak bapak aku je. Benda tuh sebenarnya dari hati kita, minda kita, fikiran kita, DIRI KITA SENDIRI. Kenapa aku cakap macam nih, aku sendiri malas. Aku malas nak membeli buku - buku self - improvement nih. MEMBAZIR. Bagi aku, malas nih macam emosi juga. Dia akan datang dan hilang dan datang. Kita kena control dia. Dia control kita, forever pemalas la. Dan once kau terjaga dari mood malas nih, baru kau tahu berapa banyak masa kau dah habiskan dengan sifat pemalas nih. Kesimpulannya, kerja kau bertimbun-timbun, pastu kau tak tahu mana kau nak mula. Pastu mula la emosi. DAMN.

Jadi, segalanya bermula dengan kita. ONE MORE, Jangan salahkan orang lain sebab kau malas. Dah kau malas, tak payah nak bajet rajin sangat.

P/s : Dari aku beli buku -  buku yang tak penting tuh.. baik aku beli buku - buku cerita, komik, dvd Anime, makan, dating.. bermanfaat ok. Eh?


No comments:

Post a Comment