Wednesday, October 29, 2014

Terdampar

Assalam,

Aku dalam mode cuti aka malas nak mampus. Nak buat banner untuk giveaway pon tak ada idea. Apekah yang terjadi dengan aku pon tak tahu.

Eceh, macam tak tahu diri sendiri macam mana.

Aku tak boleh kalau 24 jam depan laptop dengan internet super laju (actually agak laju dari wifi portable aku) , dengan aku download Anime 24 jam jugak. Tengok 24 jam jugak.. Ko tahu apa aku rasa?


HEAVEN


Pastu laptop aku kebaboom.


SEDIH

Pastu teringat, banyak benda aku tak buat lagi. Har Har Har, dengan blognye lagi.


Aku memang tak boleh duduk rumah, kalau tak memang aku malas teruk dari dekat kolej..Keluar rumah pon tak nak. Duduk dalam bilik sampai aku tak tahu pukul berapa. Itu pun kalau handphone aku ntah kemana. Mujur ada handphone, sebab bila message masuk baru aku tengok jam pukul berapa sekarang.

Ok, Ok..

Aku try push lagi otak nak buat banner untuk giveaway akan datang.

Last.

Sabtu nih giveaway yang kedua akan berlangsung. Mungkin esok siap la banner tuh.


kbye

Pss: Aku terdampar mcm ikan masin tepi pantai. Tunggu masa nak kena goreng.

Giveaway..

Assalam,

Aku pernah cakap yang aku nak buat giveaway kan? 2 Giveaway dan mungkin ambil masa yang agak panjang jugakkk..

Memandangkan Giveaway pertama dah dihantar hadiah kembali. Seeloknya Giveaway yang kedua dan yang ketiga harus disusuli. Ye tak?

Giveaway kedua nih serius sikit. Nak buat banner pon tak ada idea lagi. Aku tengah fikir macam mana nak design banner giveaway kalinih. Dont worry, hadiah dah ada... Cuma cara pertandingan, banner, yang tak buat lagi.

Aku buntu. 

ceh

Kembali.

Assalam,

Laptop kembali sihat ( Bakal dihantar balik atas perkara tertentu, maklumlah umur dah 4 tahun. Dah uzur sikit :p )

Hadiah dah dihantar kembali. Harituh hantar entah kenapa dia hantar balik kat rumah.. Duit aku burn... Nih hantar ikut sampul surat. Sorry, memang ceroi cedoi cedoi haaa packaging hadiah tuh..

Hari nih nak cari ber blog balik. PUNYA LA LAMAAA HILANGGGG

Segmen semua tergendala, aiseymaannnnnn

Dan,

Ada 2 Giveaway yang bakal menyusul mendatang...

Tunggu eh korang....!!


Kbye

Monday, October 27, 2014

Problem.

Laptop problem. Jammed. Maaf tak update ape. Laptop masuk hospital. Sorry semua

Monday, October 20, 2014

Detoksifikasi / Detox

Assalam,

Sorry la korangggggg aku spoilkan korang dengan post yang lepassss Huwaaaaaa..
Aku tak berniat pon nak adakan keadaan macam tuh.


Ok relax..
Relax..

Harinih, ada tajuk yang aku nak bagitahu dekat korang. Yup, Detoksifikasi ataupun Detox. Aku rasa, benda nih dah ramai yang tahu sebab akan kelebihan dia pada kita. Aku pon suka me-detoksifikasi-kan diri nih sebab, biasala.. Manusia, kita makan macam - macam dalam satu hari bukan? Dari segi pengambilan air, pengambilan makanan, makanan ape kita ambil? Air apa kita ambil? Ah macam - macam..



Aku ingat lagi, sem lepas group aku ada kena present pasal health and i choose Detoxification. Benda nih best. Serious! Ok, sini sapa yang suka menyah toksik toksik dalam badan dia?





Detoksifikasi aka Detoxification nih memang banyak cara dia, melalui minum teh... Mengurangkan atau tidak ambil makanan tertentu dalam jangka masa tertentu untuk membersihkan saluran dalam perut kita iaitu USUS bagi memastikan nutrisi daripada makanan lebih senang diserap. Bagi seseorang yang TIDAK PERNAH LANGSUNG buat detoksifikasi dekat badan dia, cuba korang bayang kan.. SATU SALURAN LONGKANG YANG TAK PERNAH DICUCI LANGSUNG!




Busuk?

Banyak sisa makanan terlekat?

Yang nih paling norma, Makan supplement bagai tak putih la, tak kurus la, tak tinggi la..





Ha, sebab nih la kenapa apa kita makan, nutrisi tak diserap dengan sepatutnya disebabkan saluran usus kita penuh dengan kotoran - kotoran yang kadang kadang apa kita makan tak dikunyah dengan baik.



So, terdapat banyak cara untuk detox nih. Salah satunya, foot patch, rendam kaki dalam air yang bercharge +ve -ve, Diet Water ( dalam beberapa hari sahaja tapi kalau buat dalam masa 21 hari, ia bersamaan mencuci sepenuhnya colon atau usus)  dan minum teh teh detoks.



Ok, aku ada guna satu brand yang memang keluar punya toksik dalam badan, keluarkan cairan lemak yang sampai kadang - kadang aku fedup dah kenapa asyik nak pergi jamban tapi tak keluar s*it tapi yang keluar cairan kekuningan yang busuk nak mampus. Ok nih memang nak muntah *tak patut tulis*. Tapi disebabkan aku nak share dengan korang, so aku tulis kan juga.. HAHAHHA azab la korang.

Cairan kekuningan yang b*suk tuh ada lemak - lemak yang ada dalam badan dan dalam makanan yang kita ambil. Dan bau dia super b**uk dari s*it korang sendiri.

So teh ape yang aku ambil, Teh Clenx Tea..




Aku dah malas nk tulis berjela - jela.. Next post ok.

Sahih.

Assalam,

Untuk makluman korang... Sebenarnya.. Yang list cepat loading tuh.. sape yg dpt number 1, 2 ke 3 ke 4 ke.. xde ranking la awokkk..

Siapa yang number satu tuh, yang tuh yang org pertama komen untuk list yg seterusnya..

Aiyakkk

Sunday, October 19, 2014

MONDAY BLUES

#frommobilephone

Assalam,
Esok confirm bangun lewat 😂😂😂😂 Kbye

List Blog Cepat Loading

Assalam,

Boleh tak aku kira minggu lepas punya list dengan minggu nih punya list?

Serius, aku x survey nay blogwalking, terjah or datang blog korang korang macam selalu. Biasa la, habis exam, nak repack barang, itu la ini la... Dah sampai rumah, nak bergolek kesana kesini, nak pergi kesana kesini. Ok dah puas. Hari isnin nih aku nak disiplin sikit. T.T) Banyak kerja aku kena buat sebenarnya, tapi disebabkan aku nih jenis lengai, adesss.. selalu lambat nak jalan..


Wahai korang, masa minggu exam, terima kasih eh korang sebab sudi datang jugak dekat blog aku. Walaupun jarang sangat nak update, tapi ada jugak yang datang.. Sabaq naaaaa. Nah list blog yang cepat loading!


List Blog Yang Cepat Loading :

1) http://nurulhidayahpeace.blogspot.com/
2) http://sakuraungu92.blogspot.com
3) http://sunsweetz-miszsunsweetz.blogspot.com/
4) http://mynameiskatikk.blogspot.com/
5) http://dianeeya.blogspot.com/
6) http://bilaakutravel.blogspot.com/
7) http://lifeofusea.blogspot.com/
8) http://overflawed.blogspot.com/
9) http://flawless26words.blogspot.com/
10) http://gionuhan.blogspot.com/
11) http://farishaizza.blogspot.com/
12) http://yanapinkblossom.blogspot.com/
13) http://kylifa.blogspot.com/



Buat pengetahuan semua, aku dah balik rumah. So, sape yang lucky, yang komen cbox aku, yang cepat jeh loading *kebetulan rumah pakai wifi, lagi syiokkkk nak buka blog hengkorang*, Maka korang dapat la masuk dalam list!

Ok tuh je :p

Saturday, October 18, 2014

2 Giveaway

Assalam,

Aku ingat aku nak buat lagi 2 Giveaway lagi. Problemnye, hadiah giveaway yang sebelum nih pon belum pos. Aiyakkk. Esok isnin. Memandangkan pos office pon dekat, boleh la pos esoknya.

Apa macam? ada yang nak join?



3 Sebab Kenapa Perlu " Jatuh Cinta " Dengan Air

Assalam,

Wahai semua manusia, tahukah korang air nih amat penting untuk kita. Air nih banyak kebaikan. Kau jangan kata sehari kau minum segelas. Itu aku yang dulu. Aku memang susah nak minum air dulu. Tahu tak, dalam badan kita memerlukan air yang secukupnya. Jika kita kekurangan air, maka berlaku la macam macam benda yang kita tak nak terjadi.idak terlalu pana

Ok, apa aku boleh kata. Minum air dalam kuantiti yang banyak memberi kebaikan kepada kita dari segi suhu badan, badan tak cepat penat, dahaga, kulit kering, dan macam - macam lagi.

Korang tahu tak, kurangnya air dalam badan kita boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan dari segi fizikal dan mental ok!

So, ada sebab kenapa kita digalakkan minum air.

Yang pertama :

Air sejuk boleh menyebabkan mata yang bengkak kembali seperti biasa. Ia juga boleh mengurangkan radang mata.

Yang kedua :

Dari memilih minuman soda bikabornat atau air yang MANIS, seeloknya atau DIGALAKKAN untuk mengambil air kosong atau air masak kerana ia boleh menyebabkan tekstur kulit lebih nampak segar dan tidak kering akibat dehidrasi.

Yang ketiga :

Cuba mandi denagn air sejuk untuk mengelakkan radang kulit dan ia juga boleh menyebabkan make up yang korang kenakan lebih ok! Cara nih terbaik untuk orang yang mempunyai kulit beminyak! Hal ini kerana, Air yang sejuk boleh mengetatkan pori pori di kulit dan mencegah dari pori tesumbat disebabkan lebihan minyak (sebum) dan kotoran (dirt or impurities)


Sekian :D

Friday, October 17, 2014

2 7 0 6 0 9

Assalam,

Ada la bapa kerat dok tanya aku apa dia yang 270609 nih. Ok la, nih salah satu tarikh penting dalam hidup aku. Eherm...

Kalau aku cerita lebih - lebih, confirm korang akan muntah darah dan tutup tabs tak datang teruih dah blog nih HAHAHA.

Aku pilih tarikh nih sebab tarikh nih la punca hidup aku rotate 360 darjah. Hidup aku dari up turn to down. Tarikh di mana aku mula kenal apa itu dunia. Apa itu bahagia. Apa itu sedihnya satu perhubungan sesama manusia. Apa itu manusia. Apa itu Perhubungan. Apa itu kenangan. Apa itu kesedihan. Apa itu jijik. Apa itu Benci. Apa itu dikatakan memaafi dan hipokrit. Apa itu kawan baik, kawan, dan sahabat. Apa itu cinta. Apa itu curang. Apa itu setia. Apa itu bangang.

*iklan jap, aku nak buang makeup muhahhahaha*

Aku,
Aku bukan la seperti yang aku sekarang. ternyata aku yang dulu bukan aku yang sekarang. Dan aku percaya, manusia akan berubah bila tiba masanya. Dan aku juga salah seorang dari mangsa "Perubahan".

Ape aku boleh katakan, ada yang bagus tentang "perubahan", dan yang tak bagus tentang "Perubahan" ini. Ia bergantung kepada bagaimana kita yang nak handle. Kerana, ia adalah diri kita, macam mana kita nak bentuk diri kita sendiri. Ape yang kau nak dalam hidup kau.

Aku,
Dulu,
Dulu aku jenis yang angankan, aku nak buat ape aku nak, aku tak nak orang follow atau ikut cara aku. Tapi kau tahu, aku dapat bau, dua tiga hamba Allah yang memang suka tiru cara aku. Aku tak berani nak bersuara. Orang kata, kata belakang. Kuat kata belakang. Low Self Confident. Untuk tegakkan benda yang aku patut tegakkan.

Aku pon,
seorang yang agak baik. Tak pernah ponteng sekolah. Tak pernah skip kelas. Tak pernah rasa apa itu benci kawan. tak pernah ambil port kawan hipokrit *memandangkan aku pon macam hipokrit bila dikenangkan sebab aku "tak dapat" nak tunjuk diri aku yang sebenar* Tak pernah bergaduh dengan kawan. Aku memang jaga perhubungan dengan kawan kawan aku. Ya, aku yang selalu menjadi mangsa. Aku yang selalu makan dalam. Eh, tapi jangan risaulah. Sebenarnya, benda tuh small matter je. Bila fikir balik, bodoh ape aku nih nak terasa benda yang tidak masuk akal. Mak Bapak kata study untuk hidup. Ok aku paham. Aku nak amik kos seni. Tapi keluarga tak bagi.

Hidup aku,
Mula beretak. Sekali lagi.

Tak dapat kejar benda yang aku nak.
Terpaksa hipokrit.
Kejar benda yang aku pon tak bape la nak sangat.
Demi kebanggaan mak bapak.
Yang aku sendiri pon tak tahu aku boleh follow ke tak.

Mati kutu aku disebuah persimpangan.

Mencari diri, apa yang aku impikan. Hidup aku terbahagi kedua. Sungguh hipokrit. Disekolah, bersama kawan, personaliti pertama.

Dirumah hanya keluarga yang tahu, Personaliti kedua.

Personaliti Sebenar.


Tepat tarikh 27 06 09.
Aku ambil keputusan. Yang aku rasakan, dia adalah orang yang seterusnya mungkin.
Yang seterusnya yang aku boleh ingatkan kenangan lama aku disana.

Yang boleh aku kenangkan supaya aku tak lupa masa silam.
Yang aku tak lupa siapa aku, yang penuh hipokrit.
Yang aku rasakan, kenapa aku terima dia padahal ramai je lelaki lain di luar sana.

Aku mengorak langkah di tempat baru.
Menangis tiap - tiap malam.
Hanya berteman sang kumbang yang berasal dari sana.
Yang seorang yang ku boleh sembang mengenai tempat dimana bagi aku tempat yang paling aku sayang.

Sesuatu berlaku.
Hati aku pecah. Perhubungan yang dari kecil, yang ku anggarkan dari tadika, perhubungan yang ku anggarkan dari sekolah rendah, menengah, hancur. Kerana satu benda yang dikaitkan aku, hancur.

Tak apa, aku diam. Aku hipokrit lagi. Cebis hipokrit hipokrit aku masih ada kan?

Di tempat baru, banyak cabaran. keluarga tak tahu. Apa yang mereka tahu. Result aku makin teruk.
Aku tak salahkan dia. Aku tak salahkan guru - guru. Aku tak salahkan kawan -kawan, tapi rasanya perlu, HAHAHA. Aku tak salahkan diri aku, aku tak salah kan takdir, aku tak salah yang Maha-Esa. Aku tak salahkan siapa pon. Aku tahu, aku perlu kuat, cuba kecapi apa yang mak ayah nak.

Aku tak mampu.

Kecundang.

Lower 6.
Upper 6.
Zaman kegelapan bersambung lagi.
Zaman dimana kejahatan aku memang menggila. Aku tak tahu kenapa aku macam tuh. Orang ke sekolah. Aku melencong tempat lain. Aku cari diri aku. Aku cuba kenal diri aku. Susah, memang susah.


Habis STPM.
Giatmara.
Dimana aku mula jumpa diri aku. Dimana aku rasa apa yang aku lupa, dan dimana aku tak sangka apa salah aku selama nih.


Sedih.


Oriesntasi.
Semester Pertama.
Kenangan pahit.

Aku ingat lagi, saat aku katakan aku hanya mahukan ia adalah satu pengalaman. Tiba satu masa, aku katakan, ia memang satu pengalaman. Dan aku tak nak pengalaman ini berakhir. Kerana pengalaman ini lah yang mengajar ape itu hidup. Dan pengalaman ini aku tak ia berakhir dan biarlah ia kekal sampai bila bila dan biarlah ia berbunga dan mekar dan berbuah dan kembali seperti permulaan.


Tahun lepas,
TAHUN KECELAKAAN
Aku,

SPEECHLESS

tak mahu menulis, biar aku dan kawan aku yang tahu.

Sakit,
Tak seperti sakit yang kau beri tiap - tiap tahun,

Tapi,
kau tahu,
aku percaya yang,
pengalaman mematangkan kita,
masa juga akan mematangkan kita,
tanpa kita sedar :)

Salah aku, maafkan aku

Salah kau, aku maafkan kau :)

Di tempat baru,
Kawan baru.

Kau tahu, aku tak tahu kenapa suasananya seperti tempat yang aku sayang. Sumpah, sebak sedih segalanya. Mahu menangis.

Cuma, aku lebih berhati - hati dengan benda yang dikatakan " Kawan "
Susah nak mencari kawan baik. Senang nak mencari kawan yang makan kawan, kawan yang benci kita.

Tapi tak apa, aku dah biasa.
Banyak yang aku rasa dah.


Aku tahu,
Aku cepat lupa tujuan aku dekat sini.
Tapi, aku tahu misi dan visi aku.


Kawan, aku sayang kau. Aku sayang kau dan kau dan kau. tak kira kau kawan baru, lama, baru je tadi berkenalan mahupun sudah seabad kita kenal. Hormat aku dan terima aku seadanya :) Aku bukan seperti yang kau lihat dahulu.

Sayang, sayang seribu sayang, sayang saya dekat awak tak terkata banyaknya. Terlampau banyak yang sayang ajar kepada saya. Terlampau banyak sayang tunjukkan kesedihan kepada saya. Perit dan sakit. Terlampau banyak sayang ajar dan beritahu tentang dunia, tapi aku tetap ketagihkan apa yang kau tahu tentang dunia. Beritahu aku, bimbing aku. Kerna hanya kau yang aku jadikan sebagai penunjuk.


Mak, Ayah
Segala yang berlaku pada masa lepas. Tidak pernah aku salahkan mak dan ayah. Aku terima. Kerana aku tahu, dari kegagalan itu, aku sekarang berada di landasan yang betul.

Kehidupan, terima kasih kerana kau menyebabkan otak aku hampir pecah.

Dugaan, terima kasih kerana membawa aku ke landasan yang sepatutnya.

Terima kasih,

Yang Maha - Esa :)

Huru Hara

Assalam,

Blog aku nih dah terbiar hampir seminggu dah nih akibat final exam yang lepas.

Awak semua, aku mintak maaf dari hujung rambung sampai ke hujung kaki ye.

Tak blogwalking,
Tak datang,
Tak say Hye Hello Konnichiwa dekat korang,

Kepada pemenang giveaway lepas. sorry tak dapat lagi hadiah.
Ada nih haa hadiah, cuma aku tak tahu masa bila aku nak pos je nih. Jangan risau, isnin nih aku pos. Aku dah selamat sampai ke Langkawi dah. Cuma harinih honeymoon kejap aka LENGAI sekejap.

Awak semua,

SAYA MINTA MAAF

Sunday, October 12, 2014

Busy

Assalam,

Nak cakap, Minggu nih busy gila! List Blog Cepat Loading akan diupload pada hari jumaat nih. Sebab masa tuh dah balik rumah. 1 more paper lagi. Nak kemas barang lagi. Huwaaaa.

Cuti Sem sebulan :3

Lega,

Kbye

Saturday, October 11, 2014

Flawless Touch : Ann ( Blog Review )

Assalam,

First review kan? Dah berminggu tak tulis segmen nih. Macam hampas dah blog nih. Dah macam janji tak di capati. Eh?



Flawless Touch By Ann


Di rekomenkan untuk menjengah dan datang blog nih.  The layout and everything is really nice. Which mean memang tak crowded.

Why aku review blog nih harinih.

Flawless Touch adalah blog yang bagi aku senang dibaca dan difahami. Tak ada penulisan yang kearah sentimental, hanya relax - relax sahaja *bagi aku lahhh!* And, nih point utama, AWOKK CANTIKNYA LAYOUT BACKGROUND AWOKK. Mana buat? hikhikhik


Entry atau post yang di update oleh Ann juga tak ada lah seberat seperti membaca kamus dewan bahasa ataupun seperti membaca hikayat pak kaduk dan isterinya yang masih tidak diterjemah kepada bahasa yang mudah.

Anything at this blog, for me, memang interesting. From what she wanna write or she wanna share, for me, its really look interesting.


Semua, di jemput datang ke blog Flawless Touch. Tak rugi mana pun.

Psstt, Ann nih pandai masak. Mai kita pau dia suruh masak spaghetti Muhahahahhaha xD

Kbye

Monday, October 6, 2014

Keyakinan Diri | Self Confidence

Assalam,



Bukan semua orang ada keyakinan diri yang tinggi, dan bukan juga semua orang mempunya over-keyakinan diri *ok nih bahaya*. Keyakinan diri nih penting untuk kita dalam meneruskan kehidupan. Ok maaf, aku memang tak reti nak explain secara formal, aku boleh sampaikan dengan cara aku je.

Keyakinan Diri,

Benda yang paling sukar *bagi aku la* untuk build-up keyakinan diri sendiri. Susah lagi kalau seseorang tuh tak pernah langsung nak approach apa-apa pon. Contohnya, dalam aktiviti sukan, bahagian bahasa seperti debat,pidato,bercerita dan lain-lain lagi, terlibat dalam aktiviti sukarelawan, selalu join majlis-majlis yang high class ke, formal ke, birthday kawan pon tak datang!

Keyakinan diri nih ramai yang salah sangka bahawa keyakinan diri lahir daripada betapa popularnya kita, betapa cantiknya kita, betapa ramai kawan yang kita ada. Itu salah. Keyakinan diri adalah bagaimana kita menerima diri kita dan bagaimana kita menaikkan lagi keyakinan diri yang kita ada. Ia bukan sesuatu perkara yang mudah dan ia juga bukan sesuatu perkara yang rugi.


Macam mana untuk meningkatkan Keyakinan Diri :


1) Cari keyakinan diri.

- Ia boleh dicari dengan mengetahui apa kelebihan dan kekurangan diri kita sendiri. Dengan ini, kita boleh tingkatkan kelebihan kita dan memperbaiki kelemahan kita sendiri.

2) Mendalami Diri Sendiri

- Mengetahui siapa kita sendiri adalah perkara terbaik kerana melalui kaedah ini kita akan lebih menyayangi diri sendiri dan bersemangat untuk menjadi seorang yang positif.

3) Sangkaan Yang Lebih Realiti

-  Jangan sangkakan dunia sebenar seperti apa yang korang fikirkan. Situasi ini selalunya terjadi pada budak lepasan sekolah yang excited tidak akan berada dibawah penjagaan ibu bapa lagi kerana mereka bakal meneruskan pengajian di ipt dan selanjutnya.

4) Ketepikan Kesempurnaan Dan Lebihkan Kepada Penyelasaian Terutama Penyelasaian Masalah

- Yang nih no komen. Mungkin ada yang tahu. Aku tak tahu nak describe macam mana. Tapi apa aku boleh kata, kesempurnaan bukan segalanya, tapi penyelasaian kepasa sesuatu masalah dan masalah ada pemangkin kepada siapa kita sekarang, dan ia bergantung kepada bagaimana kita menanganinya.

5) Sentiasa Ingin Memperbetulkan Personaliti Dan Bukan Mencipta Personaliti Yang Hipokrit

- Kes nih memang aku benci. *Nampak tak aku dah mula tak formal*. Mencipta personaliti adalah perkara yang paling jijik bagi aku sebab orang yang suka mencipta personaliti aka HIPOKRIT ini memang patut kena pulau kerana, mereka seperti tidak menyukai diri mereka sendiri dan mencipta satu karakter dan mempratikknya, dan ia kelihatan mereka sedang melakonkan krakter yang mereka cipta sendiri.

6) Berhenti Membandingkan Diri Sendiri Dengan Orang Lain

- Perkara paling annoying. Adakah kau sendiri tidak menyukai diri kau? Dan perlu kah kau tidak menyayangi diri kau sendiri dengan membandingkan diri kau dengan orang lain. Berbalik kepada point pertama. Kenali diri kau sendiri. Meyukainya. Dan kau akan tahu apa kehebatan kau berbanding orang lain!






Sebolehnya, menerima diri kita sendiri lebih terbaik. *taknak tulis panjang - panjang*

Kbye

Sunday, October 5, 2014

List Blog Cepat Loading : Minggu Keempat

Assalam,

Habis sudah untuk sesi pertama nih. Fuuh, legaaaa.

Sesi 2 Minggu Pertama akan bermula pada hari ini. Wahai hengkorang semua, kalau nak terjah blog atau nak blogwalking.. boleh la datang dekat blog diaorang nih. Confirm, tak sakit hati dan rasa nak datang lagi :p


List Blog Cepat Loading :

1) http://nothingmuchbutyeah.blogspot.com/
2) http://cikna136.blogspot.com/
3) http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/
4) http://sunsweetz-miszsunsweetz.blogspot.com/
5) http://calrasepatrick.blogspot.com/ 
6) http://missmyselfcorner.blogspot.com/
7) http://cintadafakarindu.blogspot.com/
8) http://chitobebearchocholategoldish.blogspot.com/
9) http://nad-lifeisfun.blogspot.com/
10) http://dianeeya.blogspot.com/
11) http://meetnana.blogspot.com/
12) http://schazatiebambam.blogspot.com/
13) http://flawless26words.blogspot.com/
14) http://lensacabuk24.blogspot.com/
15) http://cikimanbobe.blogspot.com/
16) http://nurul-rasya.blogspot.jp/

Terima kasih kepada yang sudi datang dan komen di cbox haku dan datang blog yang serupa hape dah nihhh..


Berikut adalah nama yang selalu ada dekat cbox haku nih :

20) http://schazatiebambam.blogspot.com/

Terima kasih banyak - banyak kerana sudi datang ke blog aku yang x seberapa nih. Terima kasih.

Ps: Kepada blogger yang namanya ada dalam list  yang kedua, mohon email aku untuk beri keterangan/maklumat korang di musfirahahmad@outlook.com. Ada sesuatu untuk awak semua :)

Friday, October 3, 2014

Sneek Peek : Teaser ( Eherm...)

Assalam korang,

busy buat ketupat? lemang? Rendang? Letih ke..?

Haku nak tunjuk satu gambar sikit.. Teaser jeh hokayy :p



Teaser je ok.

So, sape yang nak masuk dalam list nih. Cepat-cepat terjah cbox dan komen hokay.

Minggu Keempat bakal berakhir.

And nak rotate balik ke minggu pertama.

Who is in the list again? Tak tahu la.. semua diatas jari jemari anda :D

kbye

Liebster Award : By Anisah Jamian

Assalam,

Sissy,

Bro,

Lil Bro,

Lil Sissy,

Wa minta maaf banyak - banyak! Teramatlah banyak! Wa minta maaf sebab dalam seminggu nih wa tak hupdate langsung dekat blog. Sebab lepas wa habis paper pada hari selasa, malam tuh pula exam debat, walaupun tamat pukul 9, wa redah jugak segala onak duri untuk keluar dari dugaan wa ini..


Ok hiperbola je lebih

Malam selasa tuh punca aku dah mula tak pandang lappy nay tengok menda ape kat blog nih. Maka, aku hutang dekat korang 1 entry bukan?


Esok aku post! Wa janji *angguk angguk manja

So, kepada pemenang. Dont worry. Minggu depan wa post. Dah dapat maklumat hengkorang baru la leh post kan? Maseh ye

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So korang, Wa dapat taggy dari Anisah Jamian The Writer..

And aku rasa aku tak perlu nak terang apa itu Liebster Award. Aku rasa semua memang tahu kan?



So, the question is :

1. Tell people about yourself.

Simple and complicated person. 
Tsundere-Type 
People may look me as a "kasar" woman.
Suka pendam tapi susah nak meletup.

2. Why do you write on blog?

Suka Suki

3. Is blog a good way to express one self?

Urm.. i dont think soo.. Actually, its depend on the writer on WHAT he/she wanna WRITE and make their blog look into WHAT GENRE that they WANT :3

4. Let say if somebody hurt you like hell and the person meant to do it, will you forgive them?

Friends? MAYBE

HIM? =.= I.... I cant handle my ego. Ego rendah payah

Family? HOI TAKKAN NAK MARAH

Enemy?
Lick my shoes until clean you fcukshit

5. Describe your attitude.

Woi soalan, HAHAHA
Carut-ness, kindness kot, egoless, respect everyone, calm, AND LAZY

6. Tell people about your dream.

LIVE IN TOKYO
AND GET MARRIED WITH JAPANESE
angan jela, tapi yang first tuh betul :3

7. What is your favourite holiday spot and why do you like them?

Check In hotel and knowing what special in that area.
I love HOTEL <3

8. Which do you prefer, sambung belajar or working?

BELAJAR. 


9. What movie do you like the most and why.

Herm, le me think..
Ok tade

10. If you are given a chance to make one wish to make it come true, what would you want?

My wish is, i want all i want become true! 


Tuh je la.

Aku rasa macam nak tag orang and create soalan. Tapi, azab malas tuh datang menerpa. Maka, takpela... Lenkali la :*

Wednesday, October 1, 2014

Terbantut.

Assalam,

Hai awak semua, awak semua tahu kan aku ada buat giveaway kan?

Ok, terima kaish kepada yang join .

Aku ada satu masalah.

Pemenang kedua dan ketiga dah aku dapatkan email.

Tapi pemenang pertama pulak tak boleh nak contact pulak.

So,

 Wahai pemenang pertama, you have your time untul this friday. I dah nak send this hadia secara serentak. If you not contact me in this period. I will rombak again and pilih pemenang lain. Ok?


 Sound cruel. But this is my rule. Sorry ye awak semua :(