Friday, October 17, 2014

2 7 0 6 0 9

Assalam,

Ada la bapa kerat dok tanya aku apa dia yang 270609 nih. Ok la, nih salah satu tarikh penting dalam hidup aku. Eherm...

Kalau aku cerita lebih - lebih, confirm korang akan muntah darah dan tutup tabs tak datang teruih dah blog nih HAHAHA.

Aku pilih tarikh nih sebab tarikh nih la punca hidup aku rotate 360 darjah. Hidup aku dari up turn to down. Tarikh di mana aku mula kenal apa itu dunia. Apa itu bahagia. Apa itu sedihnya satu perhubungan sesama manusia. Apa itu manusia. Apa itu Perhubungan. Apa itu kenangan. Apa itu kesedihan. Apa itu jijik. Apa itu Benci. Apa itu dikatakan memaafi dan hipokrit. Apa itu kawan baik, kawan, dan sahabat. Apa itu cinta. Apa itu curang. Apa itu setia. Apa itu bangang.

*iklan jap, aku nak buang makeup muhahhahaha*

Aku,
Aku bukan la seperti yang aku sekarang. ternyata aku yang dulu bukan aku yang sekarang. Dan aku percaya, manusia akan berubah bila tiba masanya. Dan aku juga salah seorang dari mangsa "Perubahan".

Ape aku boleh katakan, ada yang bagus tentang "perubahan", dan yang tak bagus tentang "Perubahan" ini. Ia bergantung kepada bagaimana kita yang nak handle. Kerana, ia adalah diri kita, macam mana kita nak bentuk diri kita sendiri. Ape yang kau nak dalam hidup kau.

Aku,
Dulu,
Dulu aku jenis yang angankan, aku nak buat ape aku nak, aku tak nak orang follow atau ikut cara aku. Tapi kau tahu, aku dapat bau, dua tiga hamba Allah yang memang suka tiru cara aku. Aku tak berani nak bersuara. Orang kata, kata belakang. Kuat kata belakang. Low Self Confident. Untuk tegakkan benda yang aku patut tegakkan.

Aku pon,
seorang yang agak baik. Tak pernah ponteng sekolah. Tak pernah skip kelas. Tak pernah rasa apa itu benci kawan. tak pernah ambil port kawan hipokrit *memandangkan aku pon macam hipokrit bila dikenangkan sebab aku "tak dapat" nak tunjuk diri aku yang sebenar* Tak pernah bergaduh dengan kawan. Aku memang jaga perhubungan dengan kawan kawan aku. Ya, aku yang selalu menjadi mangsa. Aku yang selalu makan dalam. Eh, tapi jangan risaulah. Sebenarnya, benda tuh small matter je. Bila fikir balik, bodoh ape aku nih nak terasa benda yang tidak masuk akal. Mak Bapak kata study untuk hidup. Ok aku paham. Aku nak amik kos seni. Tapi keluarga tak bagi.

Hidup aku,
Mula beretak. Sekali lagi.

Tak dapat kejar benda yang aku nak.
Terpaksa hipokrit.
Kejar benda yang aku pon tak bape la nak sangat.
Demi kebanggaan mak bapak.
Yang aku sendiri pon tak tahu aku boleh follow ke tak.

Mati kutu aku disebuah persimpangan.

Mencari diri, apa yang aku impikan. Hidup aku terbahagi kedua. Sungguh hipokrit. Disekolah, bersama kawan, personaliti pertama.

Dirumah hanya keluarga yang tahu, Personaliti kedua.

Personaliti Sebenar.


Tepat tarikh 27 06 09.
Aku ambil keputusan. Yang aku rasakan, dia adalah orang yang seterusnya mungkin.
Yang seterusnya yang aku boleh ingatkan kenangan lama aku disana.

Yang boleh aku kenangkan supaya aku tak lupa masa silam.
Yang aku tak lupa siapa aku, yang penuh hipokrit.
Yang aku rasakan, kenapa aku terima dia padahal ramai je lelaki lain di luar sana.

Aku mengorak langkah di tempat baru.
Menangis tiap - tiap malam.
Hanya berteman sang kumbang yang berasal dari sana.
Yang seorang yang ku boleh sembang mengenai tempat dimana bagi aku tempat yang paling aku sayang.

Sesuatu berlaku.
Hati aku pecah. Perhubungan yang dari kecil, yang ku anggarkan dari tadika, perhubungan yang ku anggarkan dari sekolah rendah, menengah, hancur. Kerana satu benda yang dikaitkan aku, hancur.

Tak apa, aku diam. Aku hipokrit lagi. Cebis hipokrit hipokrit aku masih ada kan?

Di tempat baru, banyak cabaran. keluarga tak tahu. Apa yang mereka tahu. Result aku makin teruk.
Aku tak salahkan dia. Aku tak salahkan guru - guru. Aku tak salahkan kawan -kawan, tapi rasanya perlu, HAHAHA. Aku tak salahkan diri aku, aku tak salah kan takdir, aku tak salah yang Maha-Esa. Aku tak salahkan siapa pon. Aku tahu, aku perlu kuat, cuba kecapi apa yang mak ayah nak.

Aku tak mampu.

Kecundang.

Lower 6.
Upper 6.
Zaman kegelapan bersambung lagi.
Zaman dimana kejahatan aku memang menggila. Aku tak tahu kenapa aku macam tuh. Orang ke sekolah. Aku melencong tempat lain. Aku cari diri aku. Aku cuba kenal diri aku. Susah, memang susah.


Habis STPM.
Giatmara.
Dimana aku mula jumpa diri aku. Dimana aku rasa apa yang aku lupa, dan dimana aku tak sangka apa salah aku selama nih.


Sedih.


Oriesntasi.
Semester Pertama.
Kenangan pahit.

Aku ingat lagi, saat aku katakan aku hanya mahukan ia adalah satu pengalaman. Tiba satu masa, aku katakan, ia memang satu pengalaman. Dan aku tak nak pengalaman ini berakhir. Kerana pengalaman ini lah yang mengajar ape itu hidup. Dan pengalaman ini aku tak ia berakhir dan biarlah ia kekal sampai bila bila dan biarlah ia berbunga dan mekar dan berbuah dan kembali seperti permulaan.


Tahun lepas,
TAHUN KECELAKAAN
Aku,

SPEECHLESS

tak mahu menulis, biar aku dan kawan aku yang tahu.

Sakit,
Tak seperti sakit yang kau beri tiap - tiap tahun,

Tapi,
kau tahu,
aku percaya yang,
pengalaman mematangkan kita,
masa juga akan mematangkan kita,
tanpa kita sedar :)

Salah aku, maafkan aku

Salah kau, aku maafkan kau :)

Di tempat baru,
Kawan baru.

Kau tahu, aku tak tahu kenapa suasananya seperti tempat yang aku sayang. Sumpah, sebak sedih segalanya. Mahu menangis.

Cuma, aku lebih berhati - hati dengan benda yang dikatakan " Kawan "
Susah nak mencari kawan baik. Senang nak mencari kawan yang makan kawan, kawan yang benci kita.

Tapi tak apa, aku dah biasa.
Banyak yang aku rasa dah.


Aku tahu,
Aku cepat lupa tujuan aku dekat sini.
Tapi, aku tahu misi dan visi aku.


Kawan, aku sayang kau. Aku sayang kau dan kau dan kau. tak kira kau kawan baru, lama, baru je tadi berkenalan mahupun sudah seabad kita kenal. Hormat aku dan terima aku seadanya :) Aku bukan seperti yang kau lihat dahulu.

Sayang, sayang seribu sayang, sayang saya dekat awak tak terkata banyaknya. Terlampau banyak yang sayang ajar kepada saya. Terlampau banyak sayang tunjukkan kesedihan kepada saya. Perit dan sakit. Terlampau banyak sayang ajar dan beritahu tentang dunia, tapi aku tetap ketagihkan apa yang kau tahu tentang dunia. Beritahu aku, bimbing aku. Kerna hanya kau yang aku jadikan sebagai penunjuk.


Mak, Ayah
Segala yang berlaku pada masa lepas. Tidak pernah aku salahkan mak dan ayah. Aku terima. Kerana aku tahu, dari kegagalan itu, aku sekarang berada di landasan yang betul.

Kehidupan, terima kasih kerana kau menyebabkan otak aku hampir pecah.

Dugaan, terima kasih kerana membawa aku ke landasan yang sepatutnya.

Terima kasih,

Yang Maha - Esa :)

2 comments:

  1. Now i know :)
    Sabar itu indah kan?
    Sedih bace! Huk huk
    Semoga tabah. be a strong woman dear :)
    Ingat satu je. Walau apa pun dtg, kite masih ada Allah. kan kan kan?

    ReplyDelete