Monday, October 6, 2014

Keyakinan Diri | Self Confidence

Assalam,



Bukan semua orang ada keyakinan diri yang tinggi, dan bukan juga semua orang mempunya over-keyakinan diri *ok nih bahaya*. Keyakinan diri nih penting untuk kita dalam meneruskan kehidupan. Ok maaf, aku memang tak reti nak explain secara formal, aku boleh sampaikan dengan cara aku je.

Keyakinan Diri,

Benda yang paling sukar *bagi aku la* untuk build-up keyakinan diri sendiri. Susah lagi kalau seseorang tuh tak pernah langsung nak approach apa-apa pon. Contohnya, dalam aktiviti sukan, bahagian bahasa seperti debat,pidato,bercerita dan lain-lain lagi, terlibat dalam aktiviti sukarelawan, selalu join majlis-majlis yang high class ke, formal ke, birthday kawan pon tak datang!

Keyakinan diri nih ramai yang salah sangka bahawa keyakinan diri lahir daripada betapa popularnya kita, betapa cantiknya kita, betapa ramai kawan yang kita ada. Itu salah. Keyakinan diri adalah bagaimana kita menerima diri kita dan bagaimana kita menaikkan lagi keyakinan diri yang kita ada. Ia bukan sesuatu perkara yang mudah dan ia juga bukan sesuatu perkara yang rugi.


Macam mana untuk meningkatkan Keyakinan Diri :


1) Cari keyakinan diri.

- Ia boleh dicari dengan mengetahui apa kelebihan dan kekurangan diri kita sendiri. Dengan ini, kita boleh tingkatkan kelebihan kita dan memperbaiki kelemahan kita sendiri.

2) Mendalami Diri Sendiri

- Mengetahui siapa kita sendiri adalah perkara terbaik kerana melalui kaedah ini kita akan lebih menyayangi diri sendiri dan bersemangat untuk menjadi seorang yang positif.

3) Sangkaan Yang Lebih Realiti

-  Jangan sangkakan dunia sebenar seperti apa yang korang fikirkan. Situasi ini selalunya terjadi pada budak lepasan sekolah yang excited tidak akan berada dibawah penjagaan ibu bapa lagi kerana mereka bakal meneruskan pengajian di ipt dan selanjutnya.

4) Ketepikan Kesempurnaan Dan Lebihkan Kepada Penyelasaian Terutama Penyelasaian Masalah

- Yang nih no komen. Mungkin ada yang tahu. Aku tak tahu nak describe macam mana. Tapi apa aku boleh kata, kesempurnaan bukan segalanya, tapi penyelasaian kepasa sesuatu masalah dan masalah ada pemangkin kepada siapa kita sekarang, dan ia bergantung kepada bagaimana kita menanganinya.

5) Sentiasa Ingin Memperbetulkan Personaliti Dan Bukan Mencipta Personaliti Yang Hipokrit

- Kes nih memang aku benci. *Nampak tak aku dah mula tak formal*. Mencipta personaliti adalah perkara yang paling jijik bagi aku sebab orang yang suka mencipta personaliti aka HIPOKRIT ini memang patut kena pulau kerana, mereka seperti tidak menyukai diri mereka sendiri dan mencipta satu karakter dan mempratikknya, dan ia kelihatan mereka sedang melakonkan krakter yang mereka cipta sendiri.

6) Berhenti Membandingkan Diri Sendiri Dengan Orang Lain

- Perkara paling annoying. Adakah kau sendiri tidak menyukai diri kau? Dan perlu kah kau tidak menyayangi diri kau sendiri dengan membandingkan diri kau dengan orang lain. Berbalik kepada point pertama. Kenali diri kau sendiri. Meyukainya. Dan kau akan tahu apa kehebatan kau berbanding orang lain!






Sebolehnya, menerima diri kita sendiri lebih terbaik. *taknak tulis panjang - panjang*

Kbye

8 comments:

  1. Btol2...bukan senang nak tingkatkan self-confidence ni...
    Bertuah kalau dilahirkan dengan sifat yg 1 ni...
    Self-confidence, kita boleh dapat apa yg kita mahu dgn adanya sifat yg 1 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau terlampau tinggi sangat pon payah D:

      Delete
  2. susah sgt..pernah rasa kurg self esteem, lepas tu makin lama makin jadi pemalu n pendiam..pokok pangkal kena sentiasa polish.
    tapi kena ada batas jgn smpai hilang terus sifat malu. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn? Kalo bagi saya.. tak boleh berkarat langsung! kalau x, habis la ...

      Delete
  3. terbaik entry ni
    tapi bukan semua mampu

    ReplyDelete
  4. Mcm2 kita nak dlm hidup tp keyakinan diri kena ada kalau Takda susah . Sedangkn nk bercakap pun kna yakin . Interview lagi la kna yakin . hurmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi aku bab interview Failllll HAHAHHAHAHA

      Delete