Friday, January 30, 2015

Memory



As salam,

Aku tak tahu dah berapa kali aku buat tajuk "Memory".

Aku ada satu masalah yang memang dari dulu aku tak tahu macam mana nak buang. Aku tahu aku tak boleh kata ia adalah satu penyakit tetapi aku tetap nak keraskan yang ia macam penyakit.

Aku suka fikir benda lama. Aku tak tahu apa masalah aku sampai aku suka fikir masalah lama dan lampau dan boleh buat aku hilang mood. Cuma kebaikan dia adalah, ia boleh jadikan aku cuba jadi yang terbaik dan LEBIH MENJADI DIRI SENDIRI sebab aku memang tak suka copy paste. So, jangan harap aku suka kalau orang suka copy paste aku muhahahhaha.

Aku terpandang benda lama yang menyebabkan aku agak sakit hati. Aku rasa macam,

"Ape masalah aku nih?"


=.= Susahnya nak control masalah nih. Aku tak tahu nih masalah ape =.=


Benar - benar celaka babe..

Credit Image By : Favim.com

Thursday, January 29, 2015

Back To The Past



Assalam,

Semua orang, ada je latar belakang yang bercorak yang pasti tidak sama dengan orang lain bukan? Yang pasti, ia merupakan satu corak dan bukti siapa kita yang sekarang. Yang dimana sesetengah dari masa lampau menerima kita, sesetengahnya mempersoalkan kenapa kita dah jadi macam nih. Harinih tiba - tiba ada mood nak tulis fasal kes nih. Sebab aku rasa tajuk nih formal. Benda biasa, yang selalu terjadi dalam hidup kita.

Masing masing ada kisah silam yang sendiri. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang perangai macam vavi, ada yang bajet hot, ade yang sengal. Dan kadang - kadang kita sendiri pon rindu akan diri kita sendiri. Kadang - kadang kita pernah tertanya, sejauh manakah aku berubah sampai aku berada di peringkat ini? Apa yang menyebabkan aku berada disini? Apekah pemangkin yang menyebabkan kita berada ditapak ini?

Kalau hidup aku, aku boleh kata, aku berada di jalan nih sebab aku yang aturkan hidup aku supaya berada di jalan nih, supaya aku tak menyesal pada hari kematian aku, HAHAHAHAH bunyi macam orang tua bebenor. Tapi ye, adakah kau orang semua dah kecapi apa yang kau orang nak? Dah berapa list yang dah accomplish? Let me know. Aku nak tepuk tangan sikit. Sebab korang berjaya kecapi apa engkorang nak.

Macam aku, half or suku dari ape aku nak dah accomplish. Hidup aku pon tak macam 2 tahun lepas. Yang mengikut orang. tak ada tentu hala. Atau, dok mengikut orang nak berjaya, nak kerja yang hebat, tapi diri sendiri tahu apa yang kita minat bukan ape yang kita mahukan. Paham x?



Ok, saja je bagi gambar tuh HAHAHAH. Mohon siapa yang ambil ekonomi terasa la bahang dia bila tengok gambar nih. HAHAHA

**// Balik kepada ape aku sebut tadi, kita, manusia dia ada 2 benda dalam fikiran dia..Bila nak buat keputusan terhadap sesuatu. Dan benda tuh, kadang-kadang salah. Dan kadang ok dan berjalan lancar. Apa keputusan tuh terletak kepada ape benda yang dyeorang decide.

KEMAHUAN

atau

KEPERLUAN


Memang 2 benda nih 2 benda yang agak syaitan nirojim sikit. Bukan setakat bila bershopping je, tapi dalam kehidupan jugak, bagi aku la. Misalnya, aku pernah silap la kot bagi aku dalam memilih jalan, tapi tup tap tup tap.. Ruapanya ia bawa aku ke jalan yang memang aku nak (aku maksudkan hati aku, sebab hati dan minda serta badan aku ok dengan jalan yang aku ikut).. So, tak semestinya benda yang gah akan buat kau senang.

Aku ada seorang kawan yang memang nak kerja gaji sebulan 10 ribu. Dia target memang besar. So, kos yang dia ambil memang gaji yang dia dapat agak lumayan. Tahu tak apa yang sakit bagi dia? Assignment.. Test, Kuiz, malah kos tuh sendiri sebenarnya tak berapa ngam dengan dia.

Last-last dye kata dekat aku :

" Weyh, ko sepatutnya ambil kos aku, dan aku ambil kos ko (Dia pandai melukis), ko memahami ape orang cakap..aku nih bla bla bla bla"

Dalam hati aku :

" Sape suruh high taste, you deserve to get what you do la menachi".


Walaupun usia aku baru je cecah angka 20-an..aku rasa kalau kehidupan berkaitan kawan, kos yang kita pilih, macam mana kita nak bangun dari jatuh, macam mana nak tahan dari tomahan lahanat lahanat yang mulut memang lanjiao nih, macam mana nak face dan action dengan alee utoo alee utoo yg kurang hajar mulut letak kt depan otak kt lutut nih, macam mana nak hidup sendiri tanpa asyik nak tumpang kasihan orang, tak boleh hidup tanpa tak ada kawan la, semua sendiri lahhh.. Aku dah rasa. Dalam masa 5 tahun.

Perit.

Bila aku kenang masa dulu, dengan corak hidup aku sekarang, dengan gaya hidup aku sekarang. aku rasa.. rahsia Allah swt memang sesuatu yang luar biasa. Dan aku mengaku, sebenarnya, segala dugaan yang dia beri, ada hikmah pada masa hadapan.. Suapaya kita lebih jadi gagah perkasa, hamboiii... supaya lebih cekal, supaya lebih cool dan tangkas dalam menghindar diri dari lahanat lahanat nih.. supaya hati kita tak sakit dah .

Lega


Currently Mood : Life By Mika Nakashima
Image Credit to : understandingphotography.blogspot.com
                            www.slideshare.net

Wednesday, January 28, 2015

Lengai Lagi





As salam,

Pukul 3 karang aku ada kelas english. Aku tengah amik mood sambil dengar beberapa lagu. Eceh, tangkap mood la sangat tapi sebenarnya aku memang Raja Pemalas hahahhahaha. Kelaut ah nak dapat mood tuh wahahhahaha

Btw, sekarang apa korang tengah buat ape?

rehat?

baru balik sekolah?

baru nak bangun?

MELAMPAU

Aku baru je lepas letak inai cecantik. Entah la, sejak sambung belajar nih, suka sangat pakai inai. Kawan aku ada la cakap, " Oi, dah nak kawen ke? memanjang je pakai inai.. Tingin naw ke nak kawen?"

Haktuih..


Sape ah nak kawen ngan haku har har har


Petang - petang macam nih kalau cari cheesecake nih sedap makan dengan hot coklat ke.. teh o panas ke...


MANTAP


Credit Image : favim.com

Ending : Second Give Away By Two Seven Zero Six Zero Nine

As salam,

Aku nak tutup second Giveaway aku memandangkan dah terlajak pulak masanya Hahahaha.

Btw, Aku dah pilih pemenang nye :D

Pemenangnya ialah :




Terima kasih kepada yang joinnnn!! 
Dan tahniah kepada pemenang yang menang give away nih!


Tapi, 
Aku ada terjatuh cinta dengan satu blog nih,




I tergoda you.
Aku memang tak boleh tengok blog yang semua putih.. pastu simpleee Aaaaaaaaaa,

Korang korang yang suka terjah or suka dekat blog yang super simple dan tak sakit mata memandang! terjah la! 


Weee,


Kepada pemenang,

Please emailkan 

Nama :
Alamat :
No tel:

di musfirahahmad@outlook.com ok :3 

Kbye

Friday, January 23, 2015

Sway

Assalam,

Aku tengah mood sway gila.. Dah la satu hari sakit kepala. Aku tak tahu apa punca aku sakit kepala nih. Tapi macam mana pon, aku gagahkan juga diri bangun sebab apak ah satu hari nak tido. So, kesannya malam nih la. Aku harap kejap lagi aku tidur la.

Btw, even mood aku tengah sway gila, dah dengar lagu Uptown Funk By Mark Ronson ft Bruno Mars? Seriously, macam lagu ala - ala Michael Jackson. Serious best! Bila dengar nih macam lupa kejap masalah. Dengan muzik ala - ala 80 an to 90 an, dengan rancaknya.. memang best la!

Lyrics - Uptown Funk
By Mark Ronson ft Bruno Mars

This hit
That ice cold
Michelle Pfeiffer
That white gold
This one, for them hood girls
Them good girls
Straight masterpieces
Stylin', while in
Livin’ it up in the city
Got Chucks on with Saint Laurent
Got kiss myself I’m so pretty

I’m too hot (hot damn)
Called a police and a fireman
I’m too hot (hot damn)
Make a dragon wanna retire man
I’m too hot (hot damn)
Say my name you know who I am
I’m too hot (hot damn)
Am I bad 'bout that money
Break it down

Girls hit your hallelujah (whuoo)
Girls hit your hallelujah (whuoo)
Girls hit your hallelujah (whuoo)
‘Cause Uptown Funk gon’ give it to you
‘Cause Uptown Funk gon’ give it to you
‘Cause Uptown Funk gon’ give it to you
Saturday night and we in the spot
Don’t believe me just watch (come on)
Don’t believe me just watch
Don’t believe me just watch
Don’t believe me just watch
Don’t believe me just watch
Don’t believe me just watch
Hey, hey, hey, oh!



Serius best lagu nih,


Lyrics By : http://www.directlyrics.com/mark-ronson-uptown-funk-lyrics.html
Image Credit To : www.celebeat.com


Pss: Jangan si bruno mars nih jadi mj sudah, nak jadi putih harhar xD

Sunday, January 18, 2015

Sejuk Malam

Assalam,

Tajuk entry selalu tak masuk dengan apa yang aku tulis. Takpe, janji aku tulis ape aku nak.. Tajuk tak penting sangat...

Tak penting?

Itu la yang nak bagi orang catchy dengan entry kita.

Oh, hermm..

Btw, aku dah ada dekat kolej. Midsem Break dah habis. Aku tengah homesick tak nak nak balik kolej. Herm, ape la nasib. Malam nih, sejuk gila. So, fenomena yang mengatakan Malaysia akan sejuk tu betul la ke?

Owh, jangan ada salji sudah.. kalau ada sure nak kiamat dah =.=)

Btw, ape cerita korang? Biasa la.. aku nih bloggers chipsmore. Datang tak diundang, hilang senyap memanjang..

Esok isnin, sure Monday Blues. Biasa ah tuh.. hari pertama dalam minggu. Rasa malas tuh berganda - ganda. Benda normal, tapi tuh yang aku benci T.T

Sabar je la.

Btw,

Terima Kasih sebab ada yang sudi join Giveaway yang tak seberapa ,Contact Lens je i mampu bagi T.T

Sankyuuu ye sape yang join..

Dah nak tido, gud nite uolllsss

Wednesday, January 14, 2015

Second Giveaway By Two Seven Zero Six Zero Nine

Assalam,

Short entry..

Aku kalau post menda formal menggelabah tak tahu nak tulis ape.


ok,

Cara nak masuk Giveaway nih:

1. Buat entry fasal giveaway nih title " Second Giveaway By Two Seven Zero Six Zero Nine ",
     gambar ada please. penat haku buat T.T
2. Satu perkataan bagi korang yang menggambarkan tentang blog nih.
3. Follow gua please. Ala klik follow je, xde yang susah aih..
4. Tag 2 orang untuk join, inform dyeorang ok babeyh?
5. Those yang kena tag, first kena follow den..second, you must follow those who tag korang. adil?
6. Lastly, please masukan link post korang dekat komen entry nih. And aku akan pilih dari situ.

Adil?


Aku tengah cuba mengeraskan hati dari tambah hadiah macam giveaway lepas.

Haih,


Btw,

Aku ada cakap nak buat 30 Days Challenge kan?


Aku dah beli hadiah aku bagitaw naaa.

So, aku tag 2 hamba Allah nih :


I TAG YOU


Hadiah?

Lens..

Nanti aku post gambar hadiah..

Sampai bila?

Start harinih.. sampai... 29 JANUARY 2015.. which mean 2 minggu..ok la tuh..

Simple kan?

Dah, mati akal nak tulis ape.. tak reti nak tulis formal - formal T.T


Hati.

Assalam,

Aku tengah gundah gulana memikirkan masa depan yang mana aku tak tahu jalan mana yang patut aku lalui.

K,

Ayat berbelit.

HAHAHA

Ok ok, sepatutnya ayat yang patut dikeluarkan patut lebih selamba atau spontan, atau tak nampak FAKE orang sekarang kata. Aku, aku tengah pening..memikirkan akan minda yang tengah buat pilihan, jalan mana patut aku pergi. Semua orang ada pilihan, dan kadang kadang pilihan yang kita pilih itu salah dan benar. Tapi, mampukah kita, kembali ke pangkal jalan?


Herm.

Btw, next entry aku post fasal Giveaway Lens tuh. Aku dah tak larat nak simpan hadiah tuh.

Kbye

Tuesday, January 13, 2015

Thinking.

Assalam,

Aku nih banyak je idea nak buat macam - macam tapi haram tak jalan. Aku punya sifat ialah bila aku dah start fokus dekat kerja hilang pulak tumpuan dekat sesuatu. Aku jenis yang agak susah nak seimbangkan sesuatu kerja. Susah nak jadi seseorang yang multi-chic la katakan.

Tapi, aku rasa aku nak buat jugak. Salah satu ideanya ialah..

Jeng Jeng Jeng

30 Days Challenge..

Macam mana tuh?

Aku nak cakap pon macam.. krik krik krik rasanya. Tapi takpe lah.. Nanti aku cakap, nih salah satu idea nya lah!.. Erm, aku rasa.. Giveaway lens tuh, aku startkan esok je la.. habis citer.
Aku pon dh malas nak simpan lens tuh.

Dah

Kbye

Usang Dan Gersang

Assalam,

Aku tahu tajuk tuh bunyi dia lain macam bebenornya. Haisshhh jangan fikir bukan bukan la. Teman bukan la blue macam kome dan kome. Teman hokay je.

Ape yang teman nak kata, blog aku nih dah macam padang jarak padang terkukur. Tak terupdate langsung. Dengan janji nak buat giveaway haram tak terjalan. Takpe takpe, teman harap kome semua faham. Teman bukan la bloggers tegar yang nak populariti, yang memanjang ada masa. teman insan biasa, yang update ikut sesuka hati teman. Tapi tuh la, kesian pulak dekat blog teman. Memang gersang sungguh. Eherrmmm..


Btw, eh korang,
Aku dengar sekarang kecoh pasal KPOP eh? Fasal budak melayu dengan KPOP la.. ape la. Well, aku tak ambil port sangat but, malu la babe. Malam nih baru boleh habiskan tengok video tuh. Malu teman. Aku nih, banyak pause rasanya masa tengok video tuh, sambil urut dada  berkata astaghfirullah..Bukan la teman kata teman nih baik, tapi.. adik, awak kecik lagi. Kalau tuh hakak or baya aku pon. Weyh, hang buang tabiat ka? Kalau mamat korea tuh confess esok dye kahwin dengan hang esok, hang pelok la cemana pon noh..kahwing jugak hang ngan mamat korea hang minat.

Ini tak.

Ok

Aku tahu certain yang kata, alaa..peluk peluk artis malaysia takpe lak..peluk pakwe makwe takpe eh? kata orang..anak orang..esok anak kau macam tuh baru kau tahu. Hamboi, sapa hang nak kata macam tuh. Memang ada kejadian macam tuh. Tapi,hang kena paham. Banyak keyboard warrior la nih. Payah nak banteras keyboard warrior nih. Aku rasa, keyboard warrior nih lagi sakit dari mat rempit kat luar yang dok preeehhh preeehhh luar rumah hang. Dia punya ayat puihh baguih betoi, sedap ja dok mengata. Pi stalk account, hang pon 2 kali 5 jaa. Part tuh memang aku tak tahan.

So, ape aku nak kata. Sape yang seronok kena peluk, hamboi hang..tak kesian dekat mak bapak hang ka? Lagi satu, seronok noh dok terkinja atas pentas.

Yang kedua,
Aku tahu bukan semua kpoppers atau Korean Fans yang macam tuh. Mungkin certain keyboard warrior bukan menunding dekat korang semua. Make sure, jaga adab please. Kalau hang buat teruk teruk dengan marka hang..pakwe hang..hang buat senyap senyap lain cerita. Tuh hang dengan yang berkuasa punya cerita. Ini, todia baguih dok terkinja atas pentas. Ok, faham. Lupa diri sebab tengok artis yang korang memang suka. Faham.

Macam mana pon, benda dah berlalu.

Buat relax peace muka cool.

Jangan risau, PAGE HARAM JADAH kat FACEBOOK memang akan rotate citer hangpa. Sabaq na, depa tuh memang xnak page depa kena buang dgn facebook. tuh dok rotate citer hang. Sabaq na. Aku pon meluat baca citer hang. Tapi, part PAGE HARAM JADAH nih lagi aku bengang.

Sekian,