Thursday, January 29, 2015

Back To The Past



Assalam,

Semua orang, ada je latar belakang yang bercorak yang pasti tidak sama dengan orang lain bukan? Yang pasti, ia merupakan satu corak dan bukti siapa kita yang sekarang. Yang dimana sesetengah dari masa lampau menerima kita, sesetengahnya mempersoalkan kenapa kita dah jadi macam nih. Harinih tiba - tiba ada mood nak tulis fasal kes nih. Sebab aku rasa tajuk nih formal. Benda biasa, yang selalu terjadi dalam hidup kita.

Masing masing ada kisah silam yang sendiri. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang perangai macam vavi, ada yang bajet hot, ade yang sengal. Dan kadang - kadang kita sendiri pon rindu akan diri kita sendiri. Kadang - kadang kita pernah tertanya, sejauh manakah aku berubah sampai aku berada di peringkat ini? Apa yang menyebabkan aku berada disini? Apekah pemangkin yang menyebabkan kita berada ditapak ini?

Kalau hidup aku, aku boleh kata, aku berada di jalan nih sebab aku yang aturkan hidup aku supaya berada di jalan nih, supaya aku tak menyesal pada hari kematian aku, HAHAHAHAH bunyi macam orang tua bebenor. Tapi ye, adakah kau orang semua dah kecapi apa yang kau orang nak? Dah berapa list yang dah accomplish? Let me know. Aku nak tepuk tangan sikit. Sebab korang berjaya kecapi apa engkorang nak.

Macam aku, half or suku dari ape aku nak dah accomplish. Hidup aku pon tak macam 2 tahun lepas. Yang mengikut orang. tak ada tentu hala. Atau, dok mengikut orang nak berjaya, nak kerja yang hebat, tapi diri sendiri tahu apa yang kita minat bukan ape yang kita mahukan. Paham x?



Ok, saja je bagi gambar tuh HAHAHAH. Mohon siapa yang ambil ekonomi terasa la bahang dia bila tengok gambar nih. HAHAHA

**// Balik kepada ape aku sebut tadi, kita, manusia dia ada 2 benda dalam fikiran dia..Bila nak buat keputusan terhadap sesuatu. Dan benda tuh, kadang-kadang salah. Dan kadang ok dan berjalan lancar. Apa keputusan tuh terletak kepada ape benda yang dyeorang decide.

KEMAHUAN

atau

KEPERLUAN


Memang 2 benda nih 2 benda yang agak syaitan nirojim sikit. Bukan setakat bila bershopping je, tapi dalam kehidupan jugak, bagi aku la. Misalnya, aku pernah silap la kot bagi aku dalam memilih jalan, tapi tup tap tup tap.. Ruapanya ia bawa aku ke jalan yang memang aku nak (aku maksudkan hati aku, sebab hati dan minda serta badan aku ok dengan jalan yang aku ikut).. So, tak semestinya benda yang gah akan buat kau senang.

Aku ada seorang kawan yang memang nak kerja gaji sebulan 10 ribu. Dia target memang besar. So, kos yang dia ambil memang gaji yang dia dapat agak lumayan. Tahu tak apa yang sakit bagi dia? Assignment.. Test, Kuiz, malah kos tuh sendiri sebenarnya tak berapa ngam dengan dia.

Last-last dye kata dekat aku :

" Weyh, ko sepatutnya ambil kos aku, dan aku ambil kos ko (Dia pandai melukis), ko memahami ape orang cakap..aku nih bla bla bla bla"

Dalam hati aku :

" Sape suruh high taste, you deserve to get what you do la menachi".


Walaupun usia aku baru je cecah angka 20-an..aku rasa kalau kehidupan berkaitan kawan, kos yang kita pilih, macam mana kita nak bangun dari jatuh, macam mana nak tahan dari tomahan lahanat lahanat yang mulut memang lanjiao nih, macam mana nak face dan action dengan alee utoo alee utoo yg kurang hajar mulut letak kt depan otak kt lutut nih, macam mana nak hidup sendiri tanpa asyik nak tumpang kasihan orang, tak boleh hidup tanpa tak ada kawan la, semua sendiri lahhh.. Aku dah rasa. Dalam masa 5 tahun.

Perit.

Bila aku kenang masa dulu, dengan corak hidup aku sekarang, dengan gaya hidup aku sekarang. aku rasa.. rahsia Allah swt memang sesuatu yang luar biasa. Dan aku mengaku, sebenarnya, segala dugaan yang dia beri, ada hikmah pada masa hadapan.. Suapaya kita lebih jadi gagah perkasa, hamboiii... supaya lebih cekal, supaya lebih cool dan tangkas dalam menghindar diri dari lahanat lahanat nih.. supaya hati kita tak sakit dah .

Lega


Currently Mood : Life By Mika Nakashima
Image Credit to : understandingphotography.blogspot.com
                            www.slideshare.net

No comments:

Post a Comment